Sunday, December 5, 2021

Mungkinkah 8 kerusi  majoriti Melanau tergugat dlm PRN-12?

Secara Rawak

MUKAH: Adakah semua lapan kerusi majoriti Melanau dapat dipertahankan dalam PRN-12  pada 18 Dis nanti?

Untuk sekian lama, kerusi berkenaan berada dalam genggaman parti kerajaan malah menjadi kubu kuat yang memberi sumbangan besar khususnya kepada kemenangan PBB.

Kerusi tersebut ialah  Kuala Rajang, Semop, Daro, Jemoreng, Dalat, Tellian, Balingian, dan Jepak.

Kerusi Kuala Rajang dimenangi calon  BN – kini GPS, Datuk Len Talif Salleh dengan majoriti 5,586 undi dalam PRN-11 pada 2016.

Safiee Ahmad menang di Daro dengan majoriti 4,432 manakala Jemoreng dimenangi Datuk Dr Juanda Jaya dengan majoriti 3,789 undi.

Dakat dimenangi Datuk Seri Fatimah Abdullah dengan majoriti 6,330.

Tellian pula dimenangi dengan majoriti 4,421 melalui Yussibnosh Balo.

Manakala Balingian dimenangi Abdul Yakub Arbi dengan majoriti 2,964.

Datuk Haji Talip Zulpilip memenangi kerusi Jepak dengan majoriti 4,201 undi.

Berdasarkan majoriti di semua kerusi berkenaan, maka ia dapat dikatakan kubu kuat PBB/GPS.

Tetapi sama ada kedudukannya terus kukuh atau tergugat banyak bergantung pada calon penentang GPS di kerusi berkenaan nanti.

Kerusi majoriti Melanau itu dipercayai akan ditentang oleh antara lain PSB, PKR, Sedar, Amanah dan calon bebas.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru