Sunday, December 5, 2021

Mampukah PRN Sarawak catat 70% turun mengundi?

Secara Rawak

KUCHING:  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi pada PRN, 18 Dis nanti.

Hari pengundian awal adalah pada  14 Dis manakala hari penamaan calon 6 Dis.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh bagi menggalakkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari mengundi, SPR akan melaksanakan kempen “Jom Kita Undi” melalui pelbagai saluran media.

Katanya semalam,  SPR akan terus membuat beberapa penambahbaikan para PRN ini, termasuk memanjangkan tempoh masa pengundian selama 30 minit dari pukul 7.30 pagi hingga 5 petang, berbanding pada PRU-14 lepas iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Beliau berkata selain itu SPR turut menyediakan saluran khusus bagi pengundi yang berumur 60 tahun dan ke atas di setiap Pusat Mengundi.

“Pengundi Orang Kurang Upaya (OKU) pula akan mengundi di Saluran 1. Seramai 13,871 orang pengundi OKU telah dikenal pasti dan mereka adalah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Pada PRN 2016, peratusan yang keluar mengundi ialah 70.01 peratus.

Jumlah tertinggi pernah dicatatkan adalah pada PRN pertama pada 1969, sebanyak 80 peratus.

Peratusan terendah direkodkan pada 2006 apabila hanya 63.22 peratus direkodkan.

Bagi PRN Melaka SPR menyasarkan 70 perarus namun hanya 61 peratus yang turun mengundi.

Mampukah PRN Sarawak mencapai 70 peratus pemilih yang turun mengundi?

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru