Sunday, December 5, 2021

Lima penyandang di bahagian Miri kekal

Secara Rawak

MIRI: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan lima penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bahagian Miri akan kekal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 (PRN12) yang akan datang.

Ketua Menteri Sarawak itu mendedahkan kelima-lima penyandang itu ialah Datuk Seri Lee Kim Shin (Senadin-SUPP), Datuk Sebastian Ting Chiew Yiew (Piasau-SUPP), Datuk Rosey Yunus (Bekenu-PBB), Ripin Lamat (Lambir-PBB) dan Datuk Penguang Manggil (Marudi-PBB).

Katanya, kesemua mereka telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat.

“Pentadbiran saya (GPS) adalah sebuah kerajaan yang terbukti berkesan kerana saya ada pasukan yang baik, dan di Miri kita ada pasukan dari Senadin, Piasau, Marudi, Lambir, dan Bekenu yang kita akan kekalkan.

“Kita berharap pasukan ini akan dapat membantu menyokong pasukan GPS dan penyandang dari semua kawasan ini telah menunjukkan hasil yang cemeRlang serta bekerja keras sepanjang berkhidmat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Pemimpin bersama rakyat di sini malam tadi.

Dalam pada itu, beliau juga berharap GPS akan dapat menawan kerusi DUN Pujut yang bakal menghadiahkan parti itu seorang lagi pejuang untuk bersama-sama kerajaan negeri membangunkan Miri.

“Cuma ada satu ada kawasan iaitu di DUN Pujut yang bukan di bawah GPS, kita alu-alukan kepada masyarakat di Pujut untuk sama ada mahu atau tidak berada dalam satu pasukan bersama kita,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru