Sunday, December 5, 2021

Lelaki diintai lembaga misteri, mungkin dog man 

Secara Rawak

AUSTRALIA: Dalam kejadian yang agak pelik, seorang lelaki mendakwa dia diintai oleh lembaga “lelaki anjing” atau “dog man” di kawasan pedalaman Australia.

Menurut John, dia memancing di kayaknya di sebuah di pendalaman apabila dia mendengar bunyi aneh yang datang dari hutan berdekatannya.

“Saya perasan setiap kali saya berdayung, lembaga itu mengikut langkah kayuhan tersebut,” katanya kepada Believe: Paranormal & UFO Podcast.

“Saya berhenti sebentar dan bunyi itu berhenti di dalam semak juga, dan saya fikir ia agak ganjil. Jadi saya mendayung lagi, dan sudah pasti, sebaik saja saya mula mendayung, ia mula melangkah semula.

“Saya berpendapat lembaga itu bukan mengikut saya, sebaliknya mengintai saya.”

John sempat melihat kelibat lembaga itu dan merakamnya menggunakan telefon bimbit.

Setelah menyiasat dan bertanya kepada orang ramai, John percaya lembaga itu ialah “dog man”.

Kali kedua dia ke kawasan yang sama, dia terdengar bunyi sesuatu berlari dan bunyi mengaum menyebabkan dia menjadi takut dan lari dari tempat itu secepat mungkin.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru