Sunday, December 5, 2021

DUN Tellian bakal saksikan pertandingan enam penjuru

Secara Rawak

MUKAH: Kerusi DUN N57 Tellian dijangka akan menyaksikan pertandingan enam penjuru dalam PRN-12 pada 18 Disember nanti.

Selain sekurang-kurangnya satu calon Bebas, parti lain yang dijangka bertanding untuk menentang GPS ialah PSB,PBK,  PKR dan Sedar.

Barisan berkenaan tular pagi ini termasuk hangat dibincangkan dalam beberapa kumpulan Whatsapp tempatan.

Kalau ia menjadi kenyataan pada hari penamaan calon pada 6 Disember nanti, ini merupakan jumlah calon terbanyak pernah bertanding di kerusi ini.

Pengundian awal adalah pada 14 Disember.

Hanya calon GPS sahaja yang belum diumumkan meskipun banyak pihak mahu penyandang digugurkan.

Penduduk di sini mahu menyaksikan muka baharu ditampilkan untuk membawa lebih banyak pembaharuan dan pembangunan ke kawasan itu.

Antara ciri yang didambakan menurut penduduk di sini ialah anak tempatan, mesra rakyat, seorang yang komited untuk membantu rakyat dan berkelayakan dari segi akademik.

Segalanya kini di tangan Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memilih calon yang paling sesuai dan layak.

Antar calon yang dijangka bertanding ialah bekas pegawai kerajaan dan ahli perniagaan.

Dalam PRN-11, Yussibnosh menewaskan calon PKR, Asini Yahya dengan majoriti 4,421 undi.

Beliau meraih 5,087 undi manakala lawan politiknya mendapat hanya 666 undi.

Jumlah pengundi di Tellian ialah 10,132 dengan majoriti pengundi ialah kaum Melanau.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru