Sunday, December 5, 2021

Doktor jemput tokoh antivaksin saksi sendiri rawatan kritikal pesakit Covid-19 di hospital

Secara Rawak

MOSCOW: Para doktor terkemuka Rusia menulis surat mengundang sejumlah tokoh antivaksin dari kalangan selebriti seperti penyanyi, pelakon, pengacara hingga ahli politik, meminta mereka meninjau hospital di zon merah Covid-19 ketika jangkitan melonjak naik di negara itu.

Semua tokoh tersebut diajak mengunjungi pesakit kritikal di pusat rawatan pesakit Covid-19.

Setelah mengunjungi zon merah Covid-19, para doktor berharap semua tokoh tersebut mengubah pendirian antivaksin mereka, seterusnya menyumbang tenaga mengurangkan angka kematian akibat pandemik.

Protsenko menyatakan alasan para doktor menulis surat itu agar khalayak lebih mendengar suara tenaga ahli kesihatan berbanding para pempengaruh antivaksin.

Rusia kini kehilangan lebih 1,000 orang sehari akibat Covid-19.

Setakat ini, kes Covid-19 di Rusia merekodkan lebih 9.4 juta jangkitan dengan kematian mencapai lebih suku juta orang, malah agen statistik Rosstat mendakwa total kematian sebenar lebih 450,000 pada akhir September lepas.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru