Sunday, December 5, 2021

Gerawat sah pertahan kerusi Mulu

Secara Rawak

MULU: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Gerawat Gala kekal sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi mempertahankan kerusi DUN Mulu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) bulan depan.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa melancarkan Pusat Khidmat Mulu di sini pagi tadi.

“Kalau anda fikir GPS dan wakil rakyat anda sudah memberikan khidmat dengan baik, berilah kuasa semula untuk lima tahun.

“Jadi ingat itu sahajalah, supaya semua dapat manfaat. Dengan itu saya beri jaminan kita akan letakkan semula Datuk Gerawat sebagai calon di kawasan Mulu.

“Pembangunan jalan raya akan dilaksanakan, Mulu akan membangun, pendapatan ekonomi pun akan meningkat,” katanya.

Pada PRN11, Gerawat yang bertanding di kerusi baharu itu sebagai calon langsung Barisan Nasional, menang dengan majoriti 1,708 undi.

Beliau berdepan pertandingan empat penjuru dengan calon Bebas, Roland Dom Matu mendapat 239 undi, Pauls Baya – PKR (1,490 undi) dan Paul Anyie Raja – DAP (309 undi).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru