Sunday, December 5, 2021

37 kes kematian, dan hanya satu kes di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan  Malaysia(KKM) melaporkan 37 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 30,147.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, sembilan korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tujuh kes, diikuti Negeri Sembilan dan Sabah (masing-masing lima), Kelantan dan Selangor (masing-masing empat), serta Johor dan Perak (masing-masing tiga).

Kedah dan Pahang (masing-masing dua) serta Sarawak dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 69,261 kes aktif dilaporkan, termasuk 506 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 270 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru