Sunday, December 5, 2021

2 projek RTP di Miri dijangka siap Disember ini

Secara Rawak

MIRI: Dua buah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Taman Rekreasi Lorong 5C yang terletak di Taman Siang Siang dijangka siap pada 19 Disember ini.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, dua projek tersebut telah dimulakan pada 20 Oktober lepas.

Katanya, projek tersebut meliputi Pembinaan Fasiliti Rehat Berbumbung bernilai RM80,000 dan Projek Naik Taraf Laluan Pejalan Kaki serta Pembinaan Pagar Baru setinggi 1.8 meter dan panjang 128 meter bernilai RM60,000.

“Projek ini mengalami sedikit kelewatan, namun pihak kontraktor memaklumkan akan menyiapkan projek tersebut dalam tempoh ditetapkan.

“Saya dimaklumkan pihak kontraktor sedang menunggu bahan-bahan pembinaan yang dijangka akan sampai dalam masa terdekat”, jelas Datuk Sebastian Ting selepas mengadakan melawat ke dua Projek RTP itu pada Selasa.

Beliau berharap, kedua-dua projek dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai untuk melakukan rekreasi di kawasan itu.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru