Sunday, December 5, 2021

Jalan rosak di Kampung Tukau Jaya segera dilakukan 

Secara Rawak

MIRI: Kerja-kerja membaik pulih jalan yang rosak di Kampung Tukau Jaya sedang giat dilakukan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Dr Ripin Lamat telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Tukau pada Isnin bagi melihat sendiri lokasi jalan yang rosak berkenaan.

Katanya, pada 18 November 2021, Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah memulakan kerja-kerja membaik pulih jalan yang rosak dan ianya mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan.

“Buat masa ini, batu-bata telah dilapiskan pada permukaan jalan dan hanya tinggal kerja-kerja penurapan sahaja,” katanya.

Dr Ripin juga berharap penduduk di sekitar kawasan Tukau Jaya sentiasa berhati-hati menggunakan jalan-jalan tersebut terutama sekali pada waktu hujan kerana kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Kapitan Chong Boon Shien, Pengerusi SUPP Lambir, Lee Thien Hin dan Pegawai Majlis Bandaraya Miri Bahagian Penyelenggaraan Jalan Peter Ukin dan Bettie.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru