Sunday, December 5, 2021

171 kes, enam kematian di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak merekodkan 171 kes Covid-19 hari ini, 53 kes  daripada kategori 1 dan 106 kategori dua dan selebihnya daripada kategori tiga, empat dan lima.

Menurut JPBNS dalam satu kenyataan, Kuching terus mencatatkan jumlah kes tertinggi, iaitu 66 kes.

Ini  diikuti Lawas (19), Miri (17), Limbang (15), Bintulu (12), Sibu (11), Samnarahan (5), Mukah (2, Betong dan Bau masing-masing dua serta Sri Aman  dan Matu masing-masing tiga kes.

Terdapat 14 daerah merekodkan hanya satu kes.

 Sebanyak 19 daerah tidak merekodkan sebarang kes.

Sementara itu, katanya,  terdapat enam kes kematian dilaporkan, semuanya lelaki yang berlaku pada 17 Nov, 21 Nov dan 22 Nov.

Sebanyak dua kes direkodkan di Miri, Bintulu dua kes,  Samarahan dan Sibu masing-masing satu kes.

Mangsa berusia antara empat bulan hingga 85 tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru