Friday, December 3, 2021

SPR: PRN Sarawak 18 Disember, penamaan calon 6 Disember

Secara Rawak

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan bahawa  hari pengundian PRN-12 Sarawak  adalah pada Sabtu, 18 Disember ini, kata Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh.

Manakala hari penamaan calon pada 6 Disember dan hari pengundian awal 14 Disember, katanya dalam sidang akhbar.

SPR mengadakan Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di sebuah hotel terkemuka di sini pagi tadi.

Mesyuarat Khas tersebut dipengerusikan Pengerusi SPR bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN berkenaan bermula pukul 9 pagi.

Mesyuarat juga membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN seperti tarikh Writ  Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar  Pemilih yang akan digunakan dan  persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Mesyuarat itu susulan penamatan rasmi Proklamasi Darurat negeri itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 November lalu.

Berdasarkan Seksyen 3(3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Dewan Undangan Negeri (DUN) hendaklah terbubar pada tarikh proklamasi tersebut dinyahwartakan.

Justeru, di bawah Seksyen 3(4) ordinan itu, maka PRN hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh proklamasi tersebut telah dibatalkan atau diungkaikan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru