Saturday, December 4, 2021

Pembangunan sukan luar bandar diperkasa

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) komited bagi memperkasakan pembangunan sukan untuk semua termasuk dalam kalangan komuniti luar bandar.

Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, perancangan khas untuk komuniti luar bandar masih diteruskan menerusi pelaksanaan program khusus yang disediakan seperti  program MyFit@Luar Bandar.

Jelasnya, pihak kementerian mengambil inisiatif untuk meneruskan pelaksanaan program norma baharu secara dalam talian seperti KBS Fit & Active, MyFit @ Home, KBS Time2Fit yang boleh disertai oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah di pedalaman negeri Sarawak.

“Pelaksanaan seterusnya bagi program sukan luar bandar terbaru dijadualkan berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Bagian, Tatau, Bintulu pada 4 Disember  2021 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak bersama persatuan belia dan sukan negeri mengikut penguatkuasaan SOP semasa,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sementara itu, bagi menjawab soalan perancangan pembangunan sukan untuk masyarakat luar bandar khusus di negeri Sarawak dan juga pembaikpulihan trek larian di Stadium Mini Sungai Asap, Belaga Bahagian Kapit, beliau memaklumkan KBS belum menerima permohonan rasmi berkenaan perkara tersebut dan ahli dewan boleh mengemukakan permohonan rasmi bersama skop projek untuk pertimbangan selanjutnya di peringkat kementerian. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru