Friday, December 3, 2021

Pembangunan berterusan di Sebuyau beri manfaat kepada penduduk 

Secara Rawak

SEBUYAU: Perubahan pembangunan yang terus dilaksanakan di kawasan Sebuyau adalah selaras dengan dasar dan agenda pembangunan yang memberikan manfaat kepada penduduk.

Menteri Muda Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sebuyau memberitahu, pelaksanaan pembangunan menerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berjaya harus disokong dan diberikan peluang untuk terus menerajui kepimpinan Kerajaan Sarawak.

Dalam pada itu, beliau yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau telah mengadakan Program Pemimpin Bersama Rakyat dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Ranting PBB di Dewan Pembangunan Sebuyau pada Selasa.

Datuk Julaihi memaklumkan perjumpaan tersebut adalah bertujuan memberikan penjelasan dan pencerahan terkini mengenai dasar dan agenda pembangunan khususnya dari segi pelaksanaan dan pencapaian terkini GPS di kawasan Sebuyau.

Selain itu, beliau menambah, semua AJK perlu membuat persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 kelak.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru