Friday, December 3, 2021

PBB Pantai Damai siap sedia

Secara Rawak

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak biarpun pelaksanaannya akan mengikut garis panduan baharu.

Naib Presiden PBB, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata jentera parti sudah digerakkan bukan hanya menunggu musim pilihan raya.

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) memang sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRN12.

“Bagi kita di Pantai Damai, jentera PBB memang sudah lama disiapkan untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya jadi entera kita sudah mula bekerja secara berterusan dan tidak hanya menunggu musim pilihan raya,” katanya.

Mengulas mengenai tarikh penting PRN Sarawak, Abdul Rahman berkata sememangnya sudah djangka ia akan diadakan dalam tempoh berkenaan.

“Kita juga sudah bersedia untuk berkempen menerusi platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan TikTok yang dilihat sebagai medium terkini untuk menyebarkan dasar kerajaan di bawah GPS dan pelbagai aktiviti kita di kawasan,” katanya.

Kata Abdul Rahman, pihaknya akan memastikan pengundi dapat turun beramai-ramai menjalankan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh mengundi bagi PRN Sarawak.

Manakala 6 Disember ditetapkan sebagai hari penamaan calon dan kempen akan dilaksanakan selama 12 hari sehingga 17 Disember pada jam 11.59 malam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru