Sunday, December 5, 2021

Makan terlalu banyak, lelaki disenarai hitam dari restoran BBQ

Secara Rawak

CHINA: Seorang pempengaruh media sosial China yang terkenal dengan video mayanya memberitahu dia disenarai hitam dari restoran bufet gril kerana makan terlalu banyak.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Kang, memberitahu Hunan TV dia dilarang memasuki Bufet BBQ Makanan Laut Handadi di bandar Changsha selepas beberapa siri pesta makan.

Dia makan 1.5kg daging khinzir semasa lawatan pertamanya dan 3.5kg hingga 4kg udang semasa kunjungan kali keduanya di sama.

Menurutnya lagi restoran itu tidak suka dengan pelanggan yang makan banyak, namun menurutnya dia tidak bersalah kerana dia mampu dan dapat makan banyak, malah dia juga tidak membazir makanan tersebut.

Pemilik restoran itu pula memberitahu wartawan yang sama bahawa Kang membuatnya terpaksa mengeluarkan duit lebih dari poketnya sendiri.

“Setiap kali dia datang, saya kerugian beberapa ratus yuan,” katanya.

“Kalau minum susu soya, dia boleh minum 20 atau 30 botol. Apabila makan daging khinzir, dia menghabiskan kesemuanya. Jika makan udang, selalunya orang guna penyepit untuk mengambilnya, tetapi dia menggunakan dulang dan mengambil semuanya.”

Pemilik itu juga melarang pengambilan video secara langsung di restorannya, lapor BBC.news.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru