Friday, December 3, 2021

Jumlah kematian sudah mencecah 30,110 kes

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) melaporkan 47 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan angka kematian keseluruhan 30,110 setakat ini.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, 10 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Kelantan mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lapan kes, diikuti Sabah (tujuh), Melaka dan Selangor (masing-masing lima).

Manakala  Johor, Pulau Pinang dan Sarawak (masing-masing empat), Kedah dan Pahang (masing-masing tiga), Terengganu (dua) serta Perak dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 68,625 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 532 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 266 memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru