Friday, December 3, 2021

Jentera Wanita PBB Tanjong Datu dilancarkan

Secara Rawak

LUNDU: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Dato Sri Fatimah Abdullah melancarkan jentera wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tanjong Datu pada Isnin.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita PBB memberitahu, jentera wanita tersebut adalah bagi menyemarakkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 nanti.

Dalam pada itu, Dato Sri Fatimah turut berkesempatan menyantuni jentera wanita kawasan Tanjong Datu untuk memberikan semangat kepada mereka melakukan persiapan berkenaan.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru