Friday, December 3, 2021

Ini  jangkaan tarikh PRN Sarawak

Secara Rawak

KUCHING:  Bilakah tarikh pilihan raya negeri (PRN_ Sarawak diadakan?

Sebentar lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan beberapa tarikh penting.

Ketika ini  SPR sedang bermesyuarat di sebuah hotel terkemuka di Kuching, dipengerusikan oleh Datuk Abdul Ghani Salleh bermula jam 9 pagi tadi.

Agenda mesyuarat khas itu dipercayai antara lain adalah berkaitan tarikh-tarikh penting, prosedur operasi standard (SOP) dan senarai pemilih.

Portal ini percaya bahawa tarikh penamaan calon adalah pada 6 Disember, pengundian awal 14 Disember dan hari pengundian pada Sabtu, 18 Disember 2021.

Kalau PRN diadakan pada bulan Disember, ini bermakna ia kali kedua PRN Sarawak diadakan pada bulan Disember.

Kali pertama adalah pada 28 dan 29 Disember 1983.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru