Sunday, December 5, 2021

Individu paling dikehendaki FBI, ditemui reput

Secara Rawak

CAROLINA: Apabila jirannya cuba memeriksa James Fitzgerald, 70, pada 6 November, mereka mendapati lelaki itu sudah menjadi mayat reput di rumahnya.

James diketahui tinggal selama 15 tahun di rumah tersebut di bandar Seneca, kira-kira sejam di luar Greenville, Carolina Selatan.

Polis mengambil keputusan melakukan bedah siasat dan cap jari mengenal pasti mayatnya secara positif, dan ternyata namanya bukan James Fitzgerald, malah dia jua bukan jiran biasa.

Perkhidmatan Marshal AS mengumumkan pihak berkuasa mengenal pasti mayat itu sebagai Frederick McLean, pelarian dalam senarai 15 Pelarian Paling Dikehendaki Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Pihak berkuasa tempatan meneruskan siasatan melihat sama ada McLean mendapat bantuan mengelak undang-undang.

Mclean diketahui melarikan diri selama 16 tahun. Dia dikehendaki Jabatan Syerif San Diego di California atas pelbagai tuduhan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak dan dianggap berisiko tinggi melakukan serangan seksual terhadap gadis muda.

Menurut Okezon, salah seorang mangsanya melaporkan McLean menyerangnya lebih 100 kali, bermula ketika dia berumur 5 tahun dan terakhir kira-kira 7 tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru