Friday, December 3, 2021

GPS umum senarai calon 4 Disember

Secara Rawak

KUCHING:  Pengerusi Parti Gabungan Sarawak (GPS) berkata gabungan itu akan mengumumkan senarai calonnya untuk pilihan raya negeri (PRN-12) pada 4 Dis nanti.

GPS akan bertanding di semua 82 kerusi DUN Sarawak. Pada 2016  BN – kini GPS — telah memenangi 72 kerusi.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg berkata, gabungan itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan penetapan tarikh 18 Dis sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak.

“Kita memang sudah menjangka hari pengundian akan diadakan sebelum sambutan Hari Krismas,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Kata beliau yang juga  juga Ketua Menteri,  GPS kini perlu memperkemaskan persiapan menghadapi PRN berkenaan.

Pagi tadi dalam sidang medianya  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 18 Dis depan hari pengundian dan 6 Dis hari pencalonan.

PBB dijangka bertanding di 47 kerusi.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru