Sunday, January 23, 2022

Bintulu akan miliki  ‘Jepak Jaya’ 

Secara Rawak

BINTULU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mencadangkan kawasan Pembangunan Semula Bandar Bintulu di Jepak ini diberikan nama sebagai ‘Jepak Jaya’.

Katanya, kalau di Kuching ada Petra Jaya, di Bintulu pula ada Jepak Jaya dengan mengingatkan pembukaan Kampung Jepak yang membangun seperti yang berlaku di Petra Jaya.

“Saya berangan-angan. Kalau apa yang ada di seberang itu membangun dengan begitu cantik, dengan infrastrukturnya yang tersusun dan akhirnya bangunannya boleh tahan dengan keadaan yang begitu menarik sekali di kawasan itu. 

“Sebenarnya bukan kita memulakan bandar baru, sebaliknya bandar Bintulu ini sudah membangun. Jadi, saya hendak cadangkan kalau dipersetujui kita bangunkan kawasan ini bernama Jepak Jaya,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Pelancaran Projek Pembangunan Semula Bandar Bintulu Fasa 1 di Jepak, Kuala Tatau Bintulu pada Selasa. 

Selesai majlis, Abang Johari telah menyerahkan van kepada Persatuan Anak Vaie Bintulu yang diterima Presidennya Pandi Suhaili.

Hadir sama Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, Menteri Utiliti Sarawak Dato’ Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato’ Sri Prof Dr Sim Kui Hian,  Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie Tayai, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Dato’ Majang Renggi, ADUN Murum Chukpai Ugon, Residen Bahagian Bintulu Datu Jack Aman Luat, Timbalan Pengerusi BDA Dato’ Haider Khan Asghar Khan, Pengurus Besar BDA Datu Mohamad Yakup Kari, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK). 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru