Friday, December 3, 2021

Angkat martabat Orang Ulu melalui pendidikan

Secara Rawak

BELAGA: Program Doa Keberkatan anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Uma Batu Pilau telah diadakan di Uma Sambop, Batu Pilau pada Ahad.

Program berkenaan bertujuan memohon perlindungan dan keberkatan daripada Tuhan supaya calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa dilindungi dan diberkati sepanjang Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) yang akan datang dan juga supaya perjalanan PRN kali ini berjalan dengan lancar tanpa masalah dan dihindari dari wabak COVID-19.

Hadir ke program berkenaan Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar), Datuk Liwan Lagang sambil berkata, ketika beliau menjadi wakil rakyat, banyak kekangan yang dihadapi di kawasannya seperti ketiadaan elektrik dan air.

Namun kini jelasnya, atas kerjasama pelbagai pihak, kesemuanya dapat dilaksanakan secara berperingkat oleh penduduk sendiri dan pihak kerajaan hanya membantu dari segi menyediakan bahan-bahan keperluan sahaja.

Datuk Liwan yang juga mantan ADUN Belaga turut berpesan agar menggunakan jalan yang sudah ada untuk mengolahkan hasil-hasil dari tanah agar kemudahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan untuk membawa hasil-hasil yang telah diusahakan.

Tambah beliau, walaupun pihak kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur, jika tidak disertakan dengan pembangunan pendidikan, maka semuanya akan sia-sia.

Beliau juga menasihati suku kaum Orang Ulu di kawasan beliau untuk mengangkat martabat kaum mereka melalui pendidikan.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru