Friday, December 3, 2021

7,000 lot tanah untuk rumah mampu milik di Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Kerajaan GPS Sarawak  memperkenalkan Program Pembangunan Semula Jepak untuk menampung keperluan rumah mampu milik di sini, kata Ketua Menteri.

Menurut  Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, program berkenaan akan membolehkan rakyat di Jepak dan kawasan sekitar memiliki rumah kediaman mampu milik serta menikmati suasana persekitaran yang lebih baik seperti di Semerah Padi, Kuching ketika ini.

” Saya telah arahkan Jabatan Tanah dan Ukur untuk sediakan sebanyak 7,000 lot tanah di kawasan ini yang akan dibangunkan rumah mampu milik mengikut fasa untuk rakyat di Bintulu,” katanya seperti dipetik TVS.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Projek Pembangunan Semula Bintulu fasa satu di sini hari ini.

Tambah Abang Johari, pembangunan kawasan baharu ini kelak akan mengubah landskap Bintulu menjadi penempatan dengan kemudahan yang lebih baik serta tersusun.

Projek fasa ini melibatkan pembinaan perumahaan atas tapak seluas lebih 146 ekar.

Menerusi projek ini, jumlah rumah yang dibina ialah sebanyak 596 unit serta menggunakan model yang dilaksanakan di Projek Darul Hana , Kuching dan Perumahan Kemunyang di Sibu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru