Friday, December 3, 2021

12 JKKK di Matu terima sumbangan komputer

Secara Rawak

JEMORENG: Sebanyak 12 Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Matu menerima sumbangan set komputer dari mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya.

Sumbangan berkenaan diserahkan sendiri Dr Juanda dalam majlis ringkas di beberapa lokasi pada Selasa.

Komputer berkenaan adalah bagi memudahkan kerja JKKK serta NGO di kawasan ini dalam menghasilkan dokumentasi serta kerja-kerja atas talian.

Senarai penerima adalah JKKK Kg Treng Matu, JKKK Kg Muut Matu, JKKK Kg Dagang Matu, JKKK Kg Masjid Matu, JKKK Kg Bertong Matu, JKKK Kg Halud Matu, JKKK Kg Sok Matu, JKKK Kg Jemoreng Hilir Matu, JKKK Kg Jemoreng Hulu Matu, JKKK Pasar Lama Matu, JKKK Pasar Baru Matu dan JKKK Cina Kuala Matu.

Penerima dalam pada itu amat berterima kasih kepada Mantan ADUN Jemoreng di atas sumbangan yang akan memudahkan mereka menjalankan tugas harian.

Turut diadakan majlis penyampaian cek Projek Kecil Luar bandar (MRP) kepada JKKK Kg Jemoreng Matu dan JKKK Kg Sok Matu. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru