Saturday, December 4, 2021

10,000 lebih pengundi Sarawak berusia 90 tahun ke atas

Secara Rawak

KUCHING:  Jumlah pengundi  kali ini dijangka meningkat berbanding dalam PRN-11.

Setakat  6 Ogos lalu, jumlah pengundi bagi PRN Sarawak ialah 1,259,242.

Dalam PRN pada 2016, jumlah pengundi ialah 1,138,650 manakala dalam PRN-10 pada 2011 sebanyak 979,796.

Sebanyak 331,262 daripada pengundi berusia lebih daripada 60 tahun.

Yang menarik, daripada jumlah itu, 10,396 berusia 90 tahun ke atas.

Mereka berusia 21 hingga 29 tahun adalah sebanyak 117,838 orang.

Bagi yang berusia 30-39 sebanyak 272,954 orang.

Mereka dalam lingkungan 40 hingga 49 adalah sebanyak 270,490 orang.

Yang berumur 50 hingga 59 pula adalah sebanyak 266,698 orang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru