Friday, December 3, 2021

Pertahankan kepimpinan GPS

Secara Rawak

SEBUYAU: Jalinan kerjasama antara semua peringkat kepimpinan di peringkat kawasan Sebuyau khasnya dan Sarawak amnya amat penting bagi meneruskan kesinambungan pembangunan yang sedia ada.

Menteri Muda Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera bersatu (PBB) Sebuyau memberitahu, sokongan dan kerjasama untuk terus mempertahankan kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) daripada semua pihak amat penting dalam memastikan kepentingan serta pembangunan kampung terurus sekaligus diberi perhatian sewajarnya.

Dalam pada itu, beliau yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau telah mengadakan Program Pemimpin Bersama Rakyat dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Ranting PBB di Dewan Pembangunan Sebuyau pada Selasa.

Datuk Julaihi memaklumkan perjumpaan tersebut adalah bertujuan memberikan penjelasan dan pencerahan terkini mengenai dasar dan agenda pembangunan khususnya dari segi pelaksanaan dan pencapaian terkini GPS di kawasan Sebuyau.

Selain itu, beliau menambah, semua AJK perlu membuat persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 kelak.

Beliau berharap semua jentera parti di peringkat ranting, wanita dan pemuda memainkan peranan dan bersiap siaga dari semasa ke semasa.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru