Saturday, December 4, 2021

1.6 juta pengundi layak mengundi dalam PRN Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Seperti diramal, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember, manakala hari pengundian awal pada 14 Disember.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 6 Disember iaitu Isnin, sehingga jam 11.59 malam pada 17 Disember.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Berkaitan Urusan Pilihan Raya Umum DUN Sarawak di Hotel Hilton, pada Rabu.

Seramai 1.26 juta individu layak mengundi pada PRN Sarawak ke-12 berdasarkan senarai pengundi berdaftar yang dikemas kini pada 3 Oktober lalu.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru