Friday, December 3, 2021

Joe Biden sedia tandingi pemilihan presiden AS 2024

Secara Rawak

WASHINGTON: Rumah Putih mendedahkan Presiden Joe Biden sedia menjadi calon dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat pada 2024 kelak.

Biden yang ketika ini berusia 79 tahun akan berusia 81 tahun menjelang pemilihan presiden akan datang.

“Iya, Itu niatnya (Biden),” kata Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki ketika ditanya wartawan mengaku: “Ya itulah niat dia (Biden),” katanya.

Bagaimanapun dikatakan Demokrat kini mula mengangkat Naib Presiden Kamala Harris untuk maju dalam Pilihan Raya Presiden AS 2024 nanti.

Baru-baru ini Kamala Harris mencetak sejarah menjadi wanita pertama menjawat jawatan Presiden AS selama 85 minit menggantikan Biden yang menjalani rawatan semasa di bawah bawah pengaruh bius.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru