Saturday, December 4, 2021

Dr Sim pertahankan kerusi Batu Kawah

Secara Rawak

KUCHING:  Presiden SUPP, Datuk Sri Sim Kui Hian akan mempertahankan kerusi DUN-nya di Batu Kawah dalam PRN-12 nanti.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam ucapannya di majlis pecah tanah untuk stesen Petros di sini, semalam.

“Dr Sim akan terus menjadi calon di sini,” katanya.

Dalam PRU-11 pada 2016, beliau menewaskan calon Bebas, Liu Thian Leong dan calon DAP, Chiew Wang See dengan majoriti 2,085 undi.

Kerusi DUN Batu Kawah terdiri daripada 62 peratus Cina dan 36 peratus Cina.

Dr Sim ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Penentang utama beliau dalam PRN kali ini ialah DAP walaupun PKR, PBK dan PSB juga dijangka menampilkan calonnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru