Saturday, December 4, 2021

Wakil DAP: Rakyat sudah penat, lelah dengan kepincangan PH

Secara Rawak

KUCHING: Rakyat sudah penat dan lelah melihat kepincangan Pakatan Harapan (PH).

Demikian luahan   seorang wakil rakyat  DAP mengulas kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.

DAP hanya menang empat daripada kerusi yang ditandinginya daripada tujuh kerusi dimenangi pembangkang.

BN memenangi 21 kerusi daripada 28 kerusi DUn Melaka, sama dengan pencapaiannya dalam PRU-13 pada 2013.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin melalui hantaran di Facebooknya, kekalahan PH dalam pilihan raya berkenaan kesan respons rakyat terhadap setiap langkah dan keputusan PH.

Katanya, mengambil kira faktor berkenaan, PH perlu menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran bagi memulih kembali kepincangan yang sedang dan telah berlaku agar tidak menjadi lebih teruk.

“Ada banyak perkara yang perlu kita lihat semula. Ada banyak faktor yang mungkin menyebabkan rakyat semasa PRN Melaka ini…tidak memilih PH,” katanya.

“Kita mesti bergerak ke hadapan dan berusaha dengan lebih kuat. Dan kekuatan ini harus diperkukuh dan mesti diterjemahkan semasa pilihan raya umum ke-15 akan datang,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru