Friday, December 3, 2021

Sekolah antarabangsa milik Sarawak mula beroperasi Mac 2022

Secara Rawak

SERIAN: Salah sebuah sekolah antarabangsa milik Kerajaan Sarawak bakal memulakan operasi menjelang Mac tahun hadapan.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi (MESTR) Datuk Amar Michael Manyin Jawong berkata, sekolah yang dimaksudkan itu terletak di premis lama Sekolah Antarabangsa Tunku Putra di Petra Jaya.

“Ia boleh beroperasi dengan cepat mungkin kerana kita tidak perlu membina bangununan baharu, hanya membeli dan mengambil alih premis tersebut sahaja.

“Kerajaan Sarawak telah merancang untuk mewujudkan lima sekolah antarabangsa swasta dan akan dkendalikan oleh Yayasan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kolokium Kepimpinan Pendidikan 2.0 Pejabat Pendidikan Daerah Serian di Hotel Roxy, di sini, hari ini.

Tambahnya, sekolah antarabangsa di Batu 12, Jalan Kuching-Serian masih dalam fasa pembinaan.

“Sekolah antarabangsa ini juga turut dibina di Sibu, Bintulu dan Miri. Setiap sekolah itu akan menempatkan 500 pelajar dan menawarkan sukatan pelajaran Cambridge serta Sijil Am Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE),” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru