Friday, December 3, 2021

Sarawak, Sabah terima  tawaran geran lebih baik

Secara Rawak

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata, kedua-dua negeri itu  dijangka menerima tawaran lebih baik berkaitan tuntutan Geran Khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Menurut  Maximus Ongkili, namun perkara berkaitan tuntutan Geran Khas berkenaan masih dalam perbincangan melalui Jawatankuasa Konsultasi Bersama (JCC).

Jawatankuasa itu  dipengerusikan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Beliau dijangka bakal mengadakan pertemuan dalam masa terdekat ini bagi membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut,” kata Maximus.

“Semakan ke atas kewangan serta geran tahunan mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dan pemulangan 40% pendapatan, dan hasil dikutip daripada Sabah sudah diselesaikan sewaktu pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu tetapi kerajaan negeri masih menolak tawaran terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Menurut, formula PH tidak menerangkan bagaimana mereka mendapatkan jumlah itu, seterusnya menyebabkan kerajaan negeri yang memerintah ketika ini menolak tawaran berkenaan.

Malah, jelasnya lagi,  Sarawak juga menolak formula berkenaan atas alasan sama. Katanya, Sabah dan Sarawak mahu mengetahui cara formula itu diperoleh, serta bukti jelas sama ada jumlah diterima adalah yang sepatutnya dibayar.

Kata Maximus, Sarawak dan Sabah mahukan suatu formula yang jelas, telus dan selari dengan apa yang sewajarnya dibayar mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru