Saturday, December 4, 2021

Rakyat Melaka tolak  PH secara besar-besaran

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Keputusan PRN juga menyaksikan penolakan besar-besaran rakyat Melaka kepada Pakatan Harapan (PH), apabila mereka tewas hampir semua kerusi yang pernah dimenangi kecuali di kawasan majoriti bukan-Melayu yang ditandingi DAP, dan di Bukit Katil.

Menurut Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari,  ini petanda jelas penolakan rakyat terhadap politik fitnah, kebencian dan sentimen yang disemai PH, serta ketidakpercayaan rakyat terhadap janji-janji palsu mereka.

Dewan Pemuda, katanya, menyambut baik perkembangan positif dalam keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.

“Keputusan tersebut membawa berbagai mesej yang harus diambil cakna oleh semua pihak,’ katanya dalam satu kenyataan.

“Melalui keputusan ini, Pas dan Perikatan Nasional (PN) telah menunjukkan kemampuan yang memberangsangkan sebagai pasukan yang dilihat ‘underdog’,” ujarnya.

“Walaupun telahan awal menjangkakan PN akan ‘bungkus’ di semua kerusi, ternyata PN berjaya merampas dua kerusi DUN yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan DAP sebelum ini, serta berada di tempat kedua di beberapa kerusi majoriti Melayu<” ujarnya.

Katanya, Pas juga mencatatkan keputusan yang amat memberangsangkan apabila hampir merampas kerusi DUN Serkam dengan majoriti yang amat tipis (79 undi), serta mencatatkan pertambahan undi di semua kawasan yang ditandingi kecuali di DUN Duyong, di sebalik penurunan mendadak peratusan keluar mengundi.

“Ini merupakan petanda awal kemampuan PAS dan PN di kubu kuat BN di Melaka, yang tidak boleh dipandang enteng oleh semua parti,” katanya .

“Ternyata parti-parti komponen PH tidak ada nilai, selain bergantung harap pada DAP. Kempen-kempen DAP yang memburukkan Pas dan PN dengan isu polisi judi dan arak di Negeri Kedah yang majoritinya Melayu Islam, digunakan untuk menakutkan pengundi bukan-Melayu sehingga mereka berjaya memperoleh undi,’ katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru