Friday, December 3, 2021

PRN-12: Parti Aspirasi mohon sumbangan RM1 daripada orang Sarawak

Secara Rawak

SIBU: Parti Aspirasi Rakyat (Aspirasi) membuat rayuan kepada 2.8 juta rakyat Sarawak.

Hulurkan sumbangan RM1 bagi membolehkannya menghadapi PRN-12 nanti.

Portal ini percaya, hari penamaan calon adalah pada 6 Disember manakala hari pengundian pada 18 Disember.

Ini menurut Presidennya Lina Soo, disebabkan parti pimpinannya tidak mempunyai dana kukuh atau penajaan daripada  tauke besar.

Difahamkan parti itu akan bertanding di 20 kerusi  daripada 28 kerusi DUN manakala rakan gabungannya Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) bertanding di 13 kerusi DUN majoriti Dayak.

“Oleh itu, Aspirasi  memohon jasa baik rakyat Sarawak untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM1 setiap seorang,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

“Kami mahu merealisasikan impian kita yang mahukan seorang Ketua Menteri Dayak,” katanya lagi.

Selain Aspirasi dan PBDSB, parti lain yang dijangka memberi tentangan terhadap GPS nanti ialah PKR, DAP, PSB, PBK, Sedar dan Amanah.

Pada PRN-11 terdapat 229 calon yang bertanding, termasuk 36 calon Bebas.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru