Friday, December 3, 2021

Kes kematian memperlihatkan trend menurun

Secara Rawak

KUCHING: Sehingga 20 November lalu,  [Minggu Epidemiologi (ME) ke-46], sebanyak 2,581,747 kes kumulatif Covid-19 telah dilaporkan dengan 69,485 kes aktif dan 29,978 kes kumulatif kematian.

Menurut  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kebanyakan indikator utama jangkitan Covid-19 menunjukkan trend penurunan kecuali purata kes aktif yang meningkat enam (6) peratus berbanding ME ke-45.

“Trend penurunan purata kes aktif yang dulunya konsisten selama 10 minggu kini telah menunjukkan peningkatan semula selepas lima minggu kebenaran merentas negeri diumumkan,”  katanya.

“Kesan peningkatan kes baharu dan kes aktif selama dua  minggu berturut-turut ini dapat dilihat di mana kemasukan kes ke fasiliti kesihatan terutamanya bagi pesakit Kategori 3 – 5 mulai meningkat,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, katanya lagi, keberkesanan vaksin Covid-19 dalam mengurangkan kematian terus dapat dilihat apabila secara keseluruhannya terdapat penurunan kes kematian, kes yang memerlukan rawatan di ICU, dan kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

1. Indikator-Indikator Jangkitan COVID-19

Pada ME ke-46 iaitu daripada 14 November 2021 sehingga 20 November 2021;

  • Purata kes aktif menunjukkan peningkatan sebanyak 6.0 peratus iaitu daripada 62,224 kes (ME ke-45) kepada 65,722 kes (ME ke-46).
  • Kes kematian konsisten menunjukkan penurunan sebanyak 7.5 peratus dengan 347 kematian (ME ke-46) berbanding 375 kematian (ME ke-45).
  • Purata kes yang memerlukan rawatan di ICU menunjukkan penurunan sebanyak 10 peratus iaitu 504 kes (ME ke-45) kepada 452 kes (ME ke-46).
  • Purata kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan menunjukkan sedikit penurunan (3.3 peratus) dari 186 kes (ME ke-44) ke 179 kes (ME ke-45).
  • Nilai Rt menurun sebanyak 0.8 peratus dari 1.05 (95% CI 1.05 – 1.06) kepada 1.01 (95% CI 1.00 – 1.02) sejak 15 November 2021.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru