Saturday, December 4, 2021

GPS dijangka tampil satu atau dua orang calon muda

Secara Rawak

KUCHING: GPS  dijangka akan menampilkan satu atau dua orang calon dalam kalangan golongan muda dalam PRN-12 nanti.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata “GPS memerlukan beberapa orang pemimpin muda. GPS akan mengemukakan  satu atau dua orang dalam P{RN nanti,”  katanya dalam satu majlis  di sini semalam.

PRN-12 Sarawak dijangka pada 18 Disember manakala hari penamaan calon pada 6 Disember.

“”Kita mahu mengemukakan calon muda kerana kita mahu pemimpin yang berwawasan, dan menjamin masa depan kita” jelasnya.

GPS dijangka menampilkan sekurang-kurangnya 20 muka baharu dalam PRN itu nanti, dengan sebahagian besar daripada SUPP dan PBB.

SPR akan bermesyuarat untuk menentukan tarikh  penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian esok.

SPR dijangka mengadakan sidang media pada jam 11 pagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru