Saturday, December 4, 2021

Dakwaan PH, PN bangkitkan persoalan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Dakwaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bahawa kekalahan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disebabkan peratusan keluar mengundi rendah menimbulkan persoalan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata .

Menurut beliau,  adakah Barisan Nasional (BN) juga tidak terkesan dengan alasan yang sama sedangkan parti itu mendapat dua per tiga.

“PH dan PN dakwa mereka kalah kerana peratus keluar mengundi rendah. Apakah BN tidak terkesan dengan alasan yang sama sedangkan BN menang dengan majoriti ⅔,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

“Keputusan PRN Melaka adalah pengabsahan rakyat Melaka tolak PH. Ia juga pengabsahan menolak Muhyiddin walaupun potret beliau bersepah di sana sini,” ujarnya.

“Sebenarnya mereka mengundi dengan tidak keluar mengundi. Tidak keluar mengundi itu adalah undi protes. Memprotes kerajaan pembohong, gagal dan katak,” katanya lagi..

Kata beliau lagi sejak PRK Cameron Highland, PH tidak pernah menang sebarang PRK.

“Lim Kit Siang kata jangan salahkan Anwar. Tepat. Rakyat Melaka tolak PH kerana gagal keseluruhannya.

“Tidak payahlah PH dan PN salahkan peratus mengundi yang rendah. Jangan salahkan SPR. Datuk Seri Ahmad Zahid, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ab Rauf juga kena kompoun. Elok PH dan PN cermin diri sendiri,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru