Friday, December 3, 2021

63 kematian termasuk dua di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sejumlah 63 kematian Covid-19 semalam (22 Nov), termasuk dua kes di Sarawak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 30,063 korban.

Menurut  data Github, daripada jumlah kematian yang dilaporkan semalam, 13 atau 20.6 peratus kes kematian adalah sebelum mendapat rawatan di hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baharu tertinggi dengan 14 kes atau 22.2 peratus daripada kematian baharu .

Baki kematian dilaporkan di Johor (11), Sabah (9), Perak (7), Terengganu (7), Kedah (4), Kuala Lumpur (4), Kelantan (2).

Manakala Melaka (1) , Negeri Sembilan (1) dan Pahang (1).

Tiada kematian baharu dilaporkan di Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 55 daripada 63 kematian yang dilaporkan atau 87.3 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lepas.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru