Friday, December 3, 2021

Sokong kerajaan yang konsisten

Secara Rawak

KUCHING: Rakyat Sarawak diharapkan mengambil pengajaran daripada pertukaran kerajaan 22 bulan sebelum ini dan meneruskan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) demi kelangsungan pembangunan negeri ini.

Menurut Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof, apa yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN-15) Melaka adalah
pengajaran daripada pertukaran kerajaan sebelum ini.

Ujarnya, pertukaran kerajaan sebelum ini adalah signal yang jelas mengapa kemenangan tidak berpihak kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Pakatan Harapan (PH) di Dun Melaka ekoran peluang selama 22 bulan sebelum ini yang telah disia-siakan.

“Rakyat dapat melihat dan menilai di Melaka.

“Jadi, saya harap rakyat Sarawak pun begitu supaya konsistensi dan kelangsungan perancangan pembangunan dan bantuan kepada negeri Sarawak, untuk rakyat Sarawak ini akan dapat kita teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Bersenam Taiji Qigong Shibashi, semalam.

Jelas Fadillah yang juga merangkap Ketua Whip GPS, beliau yakin hanya melalui GPS akan dapat memberikan kestabilan dan meneruskan pembangunan serta menuntut hak negeri Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru