Friday, December 3, 2021

Rakyat sudah muak dengan kerajaan yang tidak pasti – Abang Jo

Secara Rawak

KUCHING: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jelas menunjukkan rakyat mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan menolak budaya politik katak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, oleh itu Sarawak harus belajar daripada pengajaran tersebut.

“Mesejnya sangat jelas. Yang pertama adalah rakyat mahukan kerajaan yang stabil dan kuat.

“Keduanya, rakyat tidak suka budaya ‘katak’. Sebab itu, jika anda perasan, ada satu parti ‘kosong’ (tidak menang mana-mana kerusi) yang sepatutnya sebuah parti yang kuat,” katanya.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata demikian ketika ditanya pendapatnya mengenai keputusan PRN Melaka pada satu sidang media di sini, semalam.

“Jadi, marilah kita belajar daripada pelajaran dan pengajaran ini. Kedua-dua mesej ini sangat jelas. Rakyat sudah muak dengan kerajaan yang tidak pasti,” tegasnya.

Keputusan PRN Melaka pada Sabtu menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa 21 daripada 28 kerusi sekali gus membentuk kerajaan yang baharu, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) menang dua kerusi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru