Friday, December 3, 2021

Orang ramai berebut kutip duit bertaburan di jalanan

Secara Rawak

SAN DIEGO: Sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan insiden yang berlaku di Lebuh Raya Interstate 5, San Diego apabila wang kertas yang dibawa di dalam sebuah van tiba-tiba jatuh dan bertabuan di sepanjang jalan.

Dalam klip video itu orang ramai dilihat berebut-rebut mengutip wang bertaburan itu sehingga menyebabkan jalan raya sesak.

Pihak polis terpaksa mengawal keadaan dan turut menahan beberapa orang yang ditemui mengutip wang tersebut.

Mereka juga menggesa pengguna jalan yang mengambil wang itu supaya mengembalikannya dengan segera.

Sehingga kini hampir sedozen orang menyerahkannya kembali kepada polis, kata pegawai.

Menurut pigeonexpress, insiden tersebut berlaku selepas salah sebuah pintu kenderaan itu tiba-tiba terbuka menyebabkan beg berisi wang itu terjatuh.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru