Friday, December 3, 2021

Lelaki disahkan mati ditemui masih hidup di bilik mayat

Secara Rawak

UTTAR PRADESH: Seorang lelaki dari Uttar Pradesh, India, yang diisytiharkan mati, ditemui hidup semula di bilik mayat selepas tujuh jam.

Laporan agensi berita asing mengatakan polis dimaklumkan seorang lelaki berusia 40 tahun yang “mati” dalam kemalangan jalan raya di bandar Moradabad.

Dia dilanggar motosikal ketika hendak membeli susu.

Ahli keluarga membawanya ke tiga hospital berasingan tetapi semua mereka mengisytiharkan dia meninggal dunia.

Mayatnya kemudian dipindahkan ke bilik mayat dan saudara-mara bersetuju melakukan bedah siasat.

Namun apabila polis ke sana menguruskannya, mereka mendapati Shrikesh masih bernafas.

Kakitangan hospital kemudiannya melakukan penyiasatan menyeluruh dan dilanda kehairanan dengan situasinya.

Lelaki itu imasukkan semula ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut Arynews, keluarganya gembira mendengar dia masih hidup.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru