Saturday, June 25, 2022

Kerajaan GPS telah bawa banyak perubahan di DUN Mambong

Secara Rawak

MAMBONG: Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong perlu terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil berkata, KMKK seharusnya menjadi pengantara di antara masyarakat akar umbi dengan pemimpin kerajaan.

Jelasnya, mereka (KMKK) memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat di bawah jagaan masing-masing.

“Kerajaan GPS telah membawa banyak perubahan di kawasan DUN Mambong, justeru rakyat di sini perlu kekal memberi sokongan penuh kepada kerajaan GPS demi kelangsungan pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis penutupan Seminar Pengurusan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Bagi Kawasan DUN N19 Mambong di Siburan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Dr Jerip berharap, seminar berkenaan dapat membantu KMKK menyebarkan dasar-dasar kerajaan yang terkini kepada rakyat akar umbi.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru