Saturday, January 22, 2022

Jangan berpecah-belah walaupun berbeza fahaman politik

Secara Rawak

BUKIT BEGUNAN: Rakyat di rumah panjang tidak wajar berpecah dan bermusuhan hanya disebabkan tidak sehaluan dalam politik.

Mantan ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, masyarakat di kawasan berkenaan perlu menilai kemampuan sesebuah kerajaan tanpa dipengaruhi agenda peribadi.

Jelasnya, kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah terbukti berjaya membawa pelbagai kemajuan dan pembangunan untuk rakyat.

“Tiada rugi untuk rakyat terus menyokong GPS dan jangan berpecah rumah panjang hanya kerana politik,” katanya semasa Randau GPS di Rh Ramping, Klauh dan Rh Faizal Engkeramut pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, rakyat di kawasan Bukit Begunan khususnya harus memberi mandat semula kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg untuk mentadbir negeri ini.

Katanya, perancangan pembangunan GPS 2020-2030 dilihat akan mengangkat ekonomi serta kemajuan Sarawak.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru