Friday, December 3, 2021

Tiga kematian, 245 kes di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING:  Jumlah harian kes jangkitan Covid-19 di negeri ini terus  memperlihatkan trend penurunan.

Menurut  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan,  jumlah kes yang direkodkan  hari ini ialah  245.

Katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 Sarawak 249,336 kes setakat ini.

Kuching terus merekodkan  jumlah kes tertinggi harian iaitu 70 kes diikuti Miri iaitu 59 kes.

Bintulu dan Sibu masing-masing merekodkan 21 kes manakala 15 kes dilaporkan di Lawas.

Katanya lagi, daerah merekodkan kurang daripada 10 kes iaitu Kanowit, Serian, Limbang, Pusa, Kapit, Betong, Sarikei, Mukah, Sri Aman, Dalat, Selangau, Lubok Antu, Kota Samarahan, Simunjan, Lundu, Saratok, Asajaya, Bau, Subis, Meradong, Tebedu, Sebauh, Tatau, Bukit Mabong, Marudi dan Julau.

Sembilan daerah tidak mencatatkan sebarang kes

Selain itu,  kata JPBNS dalam satu kenyataan,  terdapat tiga kematian dilaporkan iaitu dua kes di Limbang dan satu di Sibu antara 16 hingga 20 November.

Korban berkenaan membabitkan dua perempuan dan seorang lelaki.

Mangsa katanya,  berusia  39 tahun, 60 tahun dan  62 tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru