HANOI: Video menunjukkan bateri telefon bimbit meletup semasa dibaiki, kini tular di media sosial.
Sebuah agensi berita asing melaporkan kejadian itu berlaku di sebuah kedai membaiki telefon di Thai Nguyen,Vietnam.
Klip itu, yang disiarkan di saluran YouTube Viral Hog, menunjukkan seorang lelaki membuka penutup telefon untuk membaikinya apabila ia tiba-tiba meletup dan kemudian terbakar.
Lelaki itu dengan spontan melontar telefon yang terbakar ke lantai.