Friday, December 3, 2021

Lelaki pecah masuk restoran, nikmati bir, aiskrim

Secara Rawak

ASHEVILLE: Polis di Carolina Utara tidak mempunyai masalah menangkap suspek yang memecah masuk sebuah restoran di bandar tersebut menurut AP.

Polis Asheville memberitahu selepas memecah masuk restoran tesebut, lelaki itu bersantai seketika untuk menikmati bir dan aiskrim.

Selepas menerima aduan tentang insiden pecah masuk, polis segera ke lokasi kejadian dan mendapati beberapa bekas berisi bir dibuka dan berselerak di satu sudut restoran.

Malah suspek juga ditemui di dalam restoran tersebut dan mengadu mengalami sakit perut.

Lelaki itu didakwa atas dua pertuduhan jenayah pecah rumah dan menceroboh masuk. Lelaki itu juga diberikan waran terbuka atas tuduhan pencerobohan tahap kedua.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru