Saturday, December 4, 2021

Jambatan Sejingkat menyeberangi Sungai Sarawak  siap Julai 2023

Secara Rawak

KUCHING:  Jambatan Sejingkat Sarawak yang menyeberangi Sungai Sarawak akan memudahkan perjalanan dari kawasan seberang ke kawasan sebelah Kuching menuju ke Samarahan yang dirangkaikan dengan sebatang jalan sepanjang 7 km ke Samarahan

Penyerahan tapak  kepada kontraktor untuk projek tersebut berlangsung pada 7 Jan 2021 dan projek yang diberi tempoh 48 bulan itu dijangka siap pada 23 Julai 2023.

Sementara itu, tempoh kontrak bagi jajaran Kuching-Samarahan adalah 36 bulan, dengan penyerahan tapak pada 8 Jun 2021.

Projek jalan raya itu dijangka siap pada 7 Jun 2024.

Jabatan Kerja Raya  (JKR) dalam satu kenyataan sempena majlis pecah tanah oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pagi tadi menyatakan, projek berkenaan akan memberi kesan besar terhadap pembangunan prasarana  sekali gus sebagai pemangkin kepada transformasi sosioekonomi di Sarawak.

“Jalinan infrastruktur yang baik ialah nadi untuk masyarakat moden dan pencetus pembangunan ekonomi setiap negara,” katanya.

Katanya, pertumbuhan ekonomi memerlukan prasarana yang baik untuk menghubungkan rangkaian bekalan dan mengangkut barangan dan perkhidmatan merentasi sempadan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru