Friday, December 3, 2021

Jambatan, jalan atasi kesesakan Kuching-Samarahan

Secara Rawak

KUCHING: Pembinaan Jambatan Sejingkat akan menjadi jambatan ikonik yang bakal mewarnai landskap pembangunan di kawasan Kuching dan Samarahan sekali gus, menjadi kawasan tarikan bagi pelancong yang datang, kata Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi, di sini, hari ini.

Menurutnya, jambatan jenis kabel yang dibina mempunyai dua hala yang berukuran 1,280m panjang dengan ketinggian 26m, mengikut standard JKR R5 untuk memudahkan perjalanan penduduk untuk merentasi Sungai Sarawak.

Katanya, pembinaan projek tersebut termasuk dalam program Jaringan Jalan Pesisir yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak, di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menghubungkan bahagian Kuching dan Samarahan.

“Dengan adanya jambatan ini nanti, masalah trafik yang dialami oleh rakyat untuk pergi ke Samarahan dapat dikurangkan kerana wujudnya laluan alternatif untuk digunakan,” kata Julaihi semasa Majlis Pecah Tanah Jambatan Sungai Sarawak, Sejingkat dan Jalan Utama kedua Kuching dan Samarahan.

Tambahnnya, Samarahan kini sedang pesat membangun dan merupakan salah satu kawasan yang berpotensi tinggi untuk menjana ekonomi Sarawak dan percaya melalui pelaksanaan projek tersebut akan dapat membuka peluang lebih banyak kepada rakyat dari pelbagai aspek pada masa akan datang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru